Tuesday, June 17, 2008

Perjumpaan PPD Pulau dengan Guru Besar

Tarikh : 17 Jun 2008
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah MBS

Bahan taklimat PPD boleh dimuat-turun melalui link di sebelah.

Thursday, May 22, 2008

Pengumuman Penting

Sila pastikan data sekolah anda ( SMM,BMM,SSDM,EMIS,D0 dan lain-lain ) dimuatnaik (upload) terus melalui link yang disediakan. Jangan sekali-kali email data anda kepada pihak lain yang tidak berkenaan. Awas! Data sekolah adalah sulit.

Thursday, April 10, 2008

Data D0 - Pendaftaran ke Tahun 1 2009

1. Proses Pendaftaran Kanak-Kanak yang lahir pada tahun 2002 untuk masuk ke Tahun 1 2009 telah berakhir pada 31/03/2008 yang lalu.
2. Pihak sekolah diingatkan supaya menyemak dan mengemaskini Data Pendaftaran terutamaya :-i) Taraf Warganegaraii) Tarikh Lahir yang betul mengikut Kohod Tahun Persekolahaniii) Maklumat Ibubapa/Waris termasuk pendapatan
3. Sila lengkapkan maklumat pendaftaran ini menggunakan Aplikasi D0 Sistem Maklumat Murid (SMM)
4. Eksport Data D0 yang telah lengkap dan Upload ke PPD melalui link Upload di sebelah selewat-lewatnya akhir bulan April ini.
5. Adalah diingatkan bahawa maklumat D0 ini adalah penting bagi PPD dan JPN untuk merancang pembukaan kelas tahun hadapan dan membuat bidaan mendapatkan peruntukan bantuan untuk murid-murid yang layak.

PENDAFTARAN MURID KE TAHUN SATU 2009

1. Mulai 01 Mac 2008 - 31 Mac 2008 Pendaftaran Terbuka terus di Sekolah-Sekolah.

2. Bagi Kanak-Kanak yang lahir pada 2/1/2002 hingga 1/1/2003.

3. Bagi yang lahir pada 2/1/2003 hingga 15/1/2003 boleh memohon belajar awal dengan syarat mengisi Borang Permohonan Belajar Awal.

4. Waktu pendaftaran = Waktu Pejabat.

5. Warganegara Malaysia sahaja. Sila semak taraf Kewarganegaraan Kanak-Kanak sebelum mendaftar dan failkan satu salinan Sijil Lahir.

6. Bagi Bukan Warganegara, sila urus dengan Unit Perhubungan dan Pendaftaran, JPN Pulau Pinang.

7. Sekolah-Sekolah diingatkan supaya Aplikasi SMM D0 dikemaskini dan Laporan Rumusan Pendaftaran ke Tahun 1 serta data D0 dihantar ke PPD pada awal bulan Mei 2008.